Usia Silures

Zaman Silur[1] merupakan era ketiga Zaman Paleozoik (438 hingga 410 juta tahun dahulu). Cuaca Zaman Silur lebih panas berbanding Zaman Ais pada akhir Zaman Ordovisi dan hidupan terus membiak. Di samping itu, paras laut meningkat dan daratan baru muncul akibat perlanggaran plat tektonik. Justeru, tumbuhan mampu hidup dan membiak di daratan dengan adanya rantaian makanan di daratan.